Wednesday, 28 May 2014

Perlukah kehebatan mempelai digahkan SATU MALAYA? (Ada yang tidak mendengar sebab asyik mengorek Gigi)


(Majlis simple kg kampung je, saya sayang abah saya .. Hehehe) 

Selalu saya dengar pada majlis perkahwinan biodata ringkas kedua-dua mempelai memberitahu kepada para tetamu. Pengacara majlis menyampaikan Hal ini samaada Dalam bahasa biasa atau menerusi pantun yang disusun begitu indah, biasanya acara ini di buat pada pertengahan majlis, atau sebelum ucapan terima kasih tuan rumah. Antara perkara yang Akan disebut ialah tarikh lahir. Kadangkala yg disebut hanya hari dan bulan. Tahun di rahsiakan. 

Pada hemat saya, kalau hendak cerita latar belakang, elok sebutkan tahun sekali. Jika tidak mungkin Akan timbul beberapa andaian negatif . Apakah tahun tidak disebut sebab USIA pengantin perempuan melebihi yg lelaki. 

Orang kata,tidak berapa suka sekiranya USIA Si isteri melebihi suami.pada Hal kalau di fikirkan apa janggalnya jika isteri lebih tua Dari suami. Kata org cinta tak mengenal USIA.malah Rasulullah (SAW) berkahwin dengar Khadijah yg Jauh lebih tua Dari USIA baginda. 

Pengantin dulu- dulu (zaman emak2 kita) tidak Ada acara baca biodata. Padahal pada hemat saya org dulu pun Ada kehebatan sesuai dengan zamannya. 

Cuma adat kita dulu, tidak Mahu menonjol diri. Segala kepandaian disimpan di dada dan hanya digunakan sekiramya betul2 terdesak. Sebab iTu perkahwinan org dulu2 Kekal hinge ke mati. Sesetengah org sekarang kemahiran dan kehebatan diri panjang berjela, ijazah bergulung-gulung, hobi hebat2. Tetapi berkahwin baru sebulan Sudah bercerai. Ada yg bercinta 10 tahun, bila jadi suami isteri tidak boleh bertahan semnggu. Sebab iTu jangan gahkan sangat mempelai kita .... 

Salam Sayang, 
Sis Zetty

No comments:

Post a Comment