Thursday, 29 May 2014

Detik 7 tahun lepas - Masa Di Hari Pernikahanku 😜

Salam malam jumaat semua ... Hehehe .. πŸ’ Selepas akak gigih menulis dan update dengan korang semua mengenai segala butiran persiapan dekorasi,  busana pengantin dan segala mak nenek yg lain mengenai wedding customer .  Akak harap korang semua puas hati dengan segala butiran yang akak persembahkan kepada korang semua sejak akhir2 ni.. Apa-apa idea menarik of coz silalah amik,  akak tak kisah coz sharing is caring ... Seharusnya benda baik ini kita harus perkembangkan.

And akak juga berharap kepada korang yang ada blog meletops-letops,  sila-silalah share page blog akak ini kepada rakan-rakan korang semua. HeheheπŸ˜œπŸ˜„πŸ˜„

So,  hari ini akak akan menceritakan mengenai kisah-kisah behind the scene sekitar majlis majlis besar akak dan En. Jas 7 tahun dahulu pulak. Memang ada banyak suka dan duka (TAPI SUKAAAAAAAA YANG LEBIH BANYAK).  At the end of the day,  memang kami rasa lega sangat-sangat sebab semuanya dah selesai.  So hari ini akak nak share sikit sebanyak mengenai pengalaman akak di hari berbahagia akak ini.  Diharapkan apa yang elok dan tak elok itu bolehlah korang gunakan sebagai panduan.πŸ˜„






Perasaan Masa Bersiap Nak Nikah

Sepanjang-panjang (taklah panjang sangat) penglibatan akak dalam dunia industri pengantin ini,  rata-rata pengantin adalah super nervous gila di hari pernikahan mereka.  Ada yang tak boleh nak bercakap,  ada yang very feeling sayu,  ada yang darah nak terkeluar kat telinga dan macam-macam lagi.

Pada hari pernikahan akak yang berlangsung pada hari Sabtu  jam 8.30 pagi, kalau korang  nak tau akak tak berapa nak nervous sangat.  Akak very the relaks and rasa macam hayaiiiiiiiiiiiii semacam.  Yang akak tau,  malam sebelumnya kitorang pasang inai and esoknya akak terus bersiap nak ke Mesjid .. Along the way nak cerita  kat korang,  akak ni ASYIKKKKKKKKKK NAIK ANGIN!!

Semua benda yang tak betul akak nak naik angin and akak nak marah.  
Akak pun tak ingat apa issuenya,  tapi boleh kata semua bendaaaaaaaaaaaaaaaa tak kena.  Bilik pengantin yang indah purnama itu bak lubuk puaka untuk akak.  Depa tak berani nak tegur apatah lagi nak melangkah masuk.  Kalau silap tegur akak akan keriau dan maki mereka begitu sahaja.  

Nak dijadikan cerita,  menjelang petang apabila kawan-kawan baik akak dari KL telah datang barulah akak pun sedikit cool.  Depa mai gelak-gelak and gembirakan hati akak.  Akceli orang pemarah macam akak ni senang saja nak deal dengan kami.  

kalau tengok api,  janganlah tuang lagi api sampai naik semarak terbakar hatinya yang sepi semua.  Korang dah tau akak marah,  jangan la duk mai "Ala...relaks la.  Tok sah duk marah-

Kan??????????????  Sudahlah kalau cerita pasai amarah akak ni sampai tahun depan tak habis.  Yang pentingnya amarah akak ini sentiasa valid (bersebab ) Takdak maknanya akak ni SUKA NAIK ANGIN TAK TENTU PASAI.  Istilah itu sebenarnya direka-reka oleh orang yang bersalah dan membuatkan kami marah sebab diorang tak mau mengaku kesalahan sendiri.

Perasaan Semasa Nikah 
Semasa sesi make up berlangsung,  lebih ramai teman-teman rapat akak yang tiba.  Diorang semua menggembirakan akak.  Depa membuatkan akak lupa tentang apa semua masalah yang berlaku di luar sana.  Thank you korang semua.

Pastu katanya rombongan pihak lelaki sampai at 8 am and diorang semua pun berjemaah dengan family akak di masjid  itu.  So lepas itu diorang pun relaks-relaks and rehat semua and tunggu Tok Kadi yang katanya diorang pukul 8.30 am.

Ni lagi la akak pening,  yang akak tau dia pesan akak sungguh-sungguh suruh semua standby pukul 8am.   Ini dah 8.45 am The Tok Kadi dia tak sampai lagi.  Feeling tau Ustaz ni.  Hari tu bukan main interview akak semua.  And pesan akak suruh semua standby 8am . Dia kata dia nak dtg terus nikah jalan. 

Pastu bila Abah called ustaz tu jawab "Ustaz saja suruh kata siap 8.30   Tapi memang ustaz dtg sebab ustaz nak semua ready.  Tak mau tunggu-tunggu,'  FEELINGLAH USTAZ NI!!

So tunggu punya tunggu akhirnya dia dtg..   Masa itu akak macam nervous sikit.  Actually bukan nervous apa.  Akak dah cakap kat Sepupu akk Yati, yang akak tak mau duduk bersimpuh ,
 Nanti akak nampak macam tembikai susu.  Tapi nak buat macam mana,  takkan masa En Jas dengan Ustaz duk bernikah kat lantai akak feeling macam ala2 Mariamah Tijo duduk simpuh . Hubuhhhu 😜

Sekali Lafaz

Pastu ustaz ni pula duk bagi kutbah punya panjang dan lama.  Ustaz ni pun feeling.  Tapi takpalah akak bagi chance kat dia.

Pastu ustaz tu ada tanya kat En.  Jas, suruh dia ucap dua kalimah syadah dan berikan maksudnya.  Masa tu En.  Jas pun membaca lafaz and dituruti dengan maksud sekali akak tak ingat macam mana ayat tu tapi ayat En.  Jas sangat sempoi dengan nada dia macam Personaliti Nona.  Kira macam smart tau suara dia semua.  Akak macam senyum lebarrrrrrrrrr masa tu.  Bangga tetiba ... Hahahaha

Akhirnya lepas sekali practice,  En.  Jas pun meng-akad nikah dengan sekali lafaz.  ALHAMDULILLAH.

Akak Tak Nanges KORANGGGGGGGG!!! Akak takut jugak kalau-kalau akak menangis ka apa ka apa ka masa akak nikah.  Tapi actually akak tak nanges pun.  Siriesly akak happy tapi tak happy sampai jadi hiba.  Maybe masa tu akak lebih kepada rasa ALHAMDULILLAH SYUKUR LEGA.  

Akak tak nanges.  Yang akak duk sibuk tanya kat pengapit ialah "Wehss aku tak payah kena baca apa-apa ka taklik ka apa ka macam Nurul Syuhada TV nikah tu?" FEELING TAK AKAK? Hahahhaah

Batal Air Sembahyang
Selepas setel semua pernikahan,  menjadi budaya kita orang Melayu iaitu 'Batal Air Semayang".  So masa inilah En.  Jas dengan rasminya menyerahkan wang mas kahwin kepada akak yang digubah . Lepas tu En.  Jas menyarungkan satu cincin emas berlian kepada akak.  Dan untuk En.  Jas akak sarungkan dia sebentuk cincin suasa sebagai tanda pernikahan kami.  Lepas tu barulah sesi cium tangan dan cium dahi lama-lama.  FELINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG! 



Sekian saja cerita akak di hari pernikahan akak itu.  Alhamdulillah walaupun ada banyak masalah yang terjadi tapi takdak lah perkara yang sampai membatalkan hari besar itu.  Akhirnya kami selamat bernikah juga.  Terima kasih kepada keluarga saya yang bertungkus lumus untuk menyediakan segala persiapan.  









Sekian ... 

Salam Sayang 
Sis Zet 

No comments:

Post a Comment