Tuesday, 3 June 2014

Saya Juga Selalu Gagal ....

Jam  2. 10 pagi semasa saya menaip thread ini pada tarikh 4 Mei 2014 .Tapi hari ini saya lebih emosional kerana tahun ini ialah tahun muhasabah diri saya. Disebalik kejayaan dan kenangan manis yang dicipta, pertengahan tahun kali ini saya mahu mengingatkan kembali kegagalan-kegagalan saya sepanjang tahun lepas  supaya menjadi pelajaran kepada saya sendiri dan orang-orang yang ingin mengambil pelajaran. 

Disebalik itu, biarlah saya kenangkan kegagalan-kegagalan saya sepanjang tahun - tahun lepa supaya saya sentiasa menjadi orang yang beringat dan mengambil pelajaran. Dah 31 tahun azam tahun baru saya sering dimulakan dengan yang indah. Tapi tidak untuk tahun ini, saya juga seperti manusia biasa yang bertatih adatnya mesti tersungkur, berjalan adatnya mesti tersadung, berlari adatnya ada terjatuh. Saya tak lepas dari semua itu. Tahun 2012 meninggalkan kenangan yang amat besar kepada diri saya sejak saya meletakkan jawatan sebagai Assistant Editor Majalah Pesona Pengantin & beralih membuka perniagaan dlm industri perkahwinan. 

Saya gagal dalam usaha memartabatkan kerjaya industri ini.  Kerjaya ini masih lagi dipandang murahan dan picisan pada kebanyakan orang lain. Tidak seperti profession lain yang mendapat penarafan tinggi. Saya gagal dalam menumpahkan inspirasi serta berkongsikan aspirasi agar para industri  yang ada sendiri menghormati kerjaya mereka sendiri sebelum orang lain bisa hormati kita. Saya kecewa dengan diri sendiri kerana saya masih melihat ramai industri yang masih hidupnya melarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang sedangkan kesenian ini sangat tinggi nilaian harganya. Saya gagal untuk menyampaikan materi serta pesanan penting agar mereka ini berdiri atas nama sendiri dan bersatu hati bagi menaikkan imej kerjaya itu secara kolektif. Saya gagal kerana saya bukan seorang superman yang boleh lakukan semuanya sendirian. Saya gagal untuk mendapat kebersamaan yang padu dikalangan pencinta industri  bagi merealisasikan impian itu.

Atas kegagalan itu, tahun ini saya buang semua azam-azam lain dan hanya tinggalkan satu sahaja azam yang saya perlu laksanakan dengan keringat, airmata dan darah sendiri iaitu untuk sentiasa memberikan status baru serta  memberikan pendidikan kepada generasi BARU yang mindanya masih segar dan masih belum dicemari politiking yang menjijikkan.

Satu harapan saya, semoga kerjaya ini  akan dipandang kerjaya mulia satu hari nanti.

Saya bukanlah orang yang hebat kerana saya juga….SELALU gagal.

Love, 
Sis Zett 

No comments:

Post a Comment