TAKUTLAH TENTERA ALLAH...AMERIKA TAK MAMPU MENGHALANGNYA..
Hairan saya, bila di wall penuh komen mengenai perkahwinan ketiga Ustaz Azhar Idrus. Benda yg baik kenapa dipersoalkan dan dibicarakan. Hairan tapi kita faham sebab org Melayu tak biasa lelaki kahwin 2,3 dan seterusnya 4. Sebab org Melayu lebih suka lelaki simpan perempuan, sepertimana Melayu memilih utk mempertikaikan pemakaian purdah daripada mereka yg tidak menutup aurat...itulah Melayu.
Dulu, ada seorang bekas rakan kerja (wanita) beritahu saya dulu, dia tidak kisah jika suaminya main kayu tiga (ada perempuan simpanan) asalkan dia tak nampak atau suaminya tidak berkahwin lagi satu.... Imam Al-Ghazali pernah berkata, " Cara hidup kita di dunia adalah bayangan cara kehidupan kita di Akhirat nanti ".
Bagi saya baik kita bicara soal Oklahoma yg dilanda ribut taufan yg kuat dan telah mengorbankan 91 nyawa. Sepintas lalu kita anggap ia perkara biasa. Tapi kita mesti ingat, awan tidak akan bergerak tanpa izin Allah, titik hujan tidak akan turun tanpa izin Allah, angin tidak akn bertiup tanpa izin Allah...kerana semua itu hamba Allah yg taat (bukan seperti kita).
Dari segi kemanusiaan, kita agak bersimpati namun inilah dia balasan Allah kpd Amerika. Di hadapan manusia, memang benar Amerika berani mengatakan tidak ada mana2 negara di dunia ini yg berani menyerang mereka. Mustahil utk org Islam membalas dendam atas kekejaman mereka kpd penduduk Afghanistan, Iraq, Palestin dan lain2.
Maka Allah hantara tenteranya yg tidak mampu dihalang oleh Amerika. Bandar Okhlahama tak tumpah seperti diserang dgn beratus-ratus bom atom. Hancur rumah2 mereka. Tidak cukup dgn angin Allah hantar tentera airnya utk membanjiri sesetengah kawasan di situ...Masyallah...Tuhan yg lebih mengetahui.
Wahai sahabat bukalah mata hatimu. Memang benar ketika ini kamu tidak mampu melihat Allah, tetapi kamu mampu melihat bagaimana kekuasaan Allah. Allah menghantar tentera dgn pelbagai cara sejak dari dulu lagi samada melalui malaikat2, binatang2, kuman, api, air, angin dan pelbagai lagi mengikut kemahuanNya.
Takutlah kita dgn Allah. "Sesiapa yg hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dlm hatinya. Sesungguhnya Allah meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."
No comments:
Post a Comment