Thursday, 29 May 2014

Al- Fatihah Buatmu Anak ...


Berbahagialah mu di sana...penderitaan mu kini sudah berakhir.
EMOSI KU TERGANGGU

Terganggu emosi saya hari ini...sedih, marah dan bermacam-macam perasaan lagi. “Mak, adik tak buat dah.. sakit,” itulah raungan terakhir Mohammad Akhil,6 tahun. Kaki kirinya patah, seluruh badan lebam dan melecur, ada kesan baru dan lama

Bayangkan apabila panggilan “mak” bukan lagi sebagai mengharapkan kasih sayang tetapi ia adalah panggilan merayu meminta belas supaya si emak berhenti memukulnya.

Lalu aku teringat bait kata ini. Kita sebenarnya sudah lama hilang perasaan kasih sayang kerana tiada iman...

'Hati telah lama gersang. Dari siraman kasih sayang. Kerana hujan Iman sudah lama tidak turun. Kita tanamkan kembali. Budi penyiram kasih. Agar hati yang gersang. Gembur dan subur lagi'- Allayarham Ustaz Asri Ibrahim.

Buat anak Mohammad Akhil, berbahagialah kau di sana...para malaikat menyambutmu dgn senyuman. Penderitaan mu kini sudah berakhir.


No comments:

Post a Comment