Friday, 30 May 2014

Menjaga Solat seketika menjadi Raja Sehari




Wah-wah tajuk...dah macam Ustazah Pilihan..bukan jodoh akak nak menjadi ustazah..Tajuk ini bagi akak..amat sensitif..Namun biarlah menjadi panduan buat semua pengantin baru.. 8 tahun yg lalu akak begitu terkesan dengan satu majlis sahabat akak . Sampai sekarang masih tak dpt lupa.. 
 Cukup simple persiapan pengantin..tidak di remehtemehkan dengan adat yang tidak ada added valuenya. Cuma sekadar pengantin menekan aspek menjaga syariat. Majlisnya tidaklah terlalu simple..cukup dari segi sifatnya..kerana adanya meja beradap, hidangan buffet yang lazat, kek perkahwinan, pelamin, pengantin dan lain-lain. Namun cara majlis tersebut diatur seumpama menyentuh perasaan akak sehingga kini . PENGANTIN MENJAGA SOLAT TATKALA MENJADI RAJA SEHARI. 

Kalau dilihat memang tidak mudah untuk pengantin menunaikan solat kerana apabila sudah bersolek, susah pula nak tanggal, lebih-lebih lagi kalau di dewan, makanya sahabat saya tadi bersama adiknya (perkahwinan 2 beradik serentak) telah menganjakkan waktu menyambut pengantin lelaki (uniknya..tiada majlis persandingan, pelamin dibuat untuk sesi bergambar) bagi membolehkan rombongan lelaki menunaikan solat zohor terlebih dahulu. Pengantin perempuan pula bersiap-siap mengangkat wudhuk sebelum mereka bersolek. Bayangkan, jam 11.30 mereka bersolek, jam 1 lebih menunaikan solat Zohor, dan ada pula sesi fotografi pada sebelah petang..Amazing!..bayangkan berapa lama mereka menjaga wudhuk..bagi saya ini satu perkara yang amat susah dilakukan. Namun, sahabat akak ini tidak menjadikan majlis tersebut sebagai halangan. Satu lagi perkara yang patut diamalkan, pengantin perempuan menunaikan solat sunat bersama suami sebaik akad nikah. Ini akak lihat pada majlis sahabat akak. Rasa nak menitis airmata. Huhuhu

Menjengah majlis perkahwinan yang biasa kita hadiri, berapa ramaikah pengantin yang tidak bersolat ketika majlis perkahwinan? 
Tidaklah mahu menuduh, namun kita seakan memahami dan menerima bahawa ketika majlis perkahwinan susah nak solat. Seakan memberi kesedaran kepada kita betapa pentingnya menjaga solat (kita ni manusia lemah, byk membuat kesilapan, ini jadikan panduan buat diri akak dan orang lain).  Berapa ramai pula saudara mara yang datang yang tidak dapat menunaikan solat (pada hemat akak mungkin tidak disediakan kemudahan ruang bersolat). 

Maka tanyalah pada diri kita, Barakah kah perkahwinan tersebut? ...harap2 Allah s.wt ampuni segala dosa-dosa kita. 

Maka dengan itu wahai bakal-bakal pengantin baru sekalian, akak nak  tuliskan tips bagaimana memudahkan solat ketika majlis perkahwinan :

1) Berwudukla sebelum majlis perkahwinan dan menjaga air wudhuk tersebut sebaik mungkin.
2) Majlis dianjurkan dianjakkan selepas Zohor bagi membolehkan tetamu menunaikan solat dahulu (Kadang2 sahabat, jiran atau saudara mara suka melepak menunggu pengantin sampai di dewan, ada pula yang menunggu sampai hbs majlis, kalau dianjak, tidakla menggangu waktu solat)
3) Pesan kepada warga P.A system supaya menghormati Adzan yang berkumandang. Jangan pasang lagu terlalu kuat dan janganla pasang lagu yang mengghairahkan macam dangdut) hehuuuuu 
4) Sediakan ruang solat untuk tetamu yang jauh. Tunjukkan ruang tersebut atau letakkan penunjuk arah. Kalau boleh waktu zohor, anjurkan mereka bersolat terlebih dahulu sementara menunggu pengantin tiba. 
5) Elakkan acara bersanding yang terlampau lama, sekadar pengantin bergambar. (Acara merenjis sebenarnya tidak patut diadakan namun kadangkala permintaan kelurga sukar dielakkan lebih2 lagi permintaan ibu dan ayah, dalam buku Aku Terima Nikahnya dari Ust. Hasrizal aka Saiful Islam, kadangkala permintaan tersebut tidak mengapa kerana permintaan dari bu bapa, maka jadilah kita generasi yang memulakan revolusi tidak mengadakan acara tersebut)
6) Carilah lokasi majlis yang berdekatan dengan Surau atau masjid.
7) Tulislah di kad jemputan ' Jemputan beragama Islam digalakkan bersolat sebelum menghadiri majlis'


Sis Zetty ❤️👰






No comments:

Post a Comment