Wednesday, 28 May 2014

Felixia Yeap from Playboy Bunny to Hijabistas

Selamat Malam semua.

In this first entry, 3 month back Ada  sorang Adik ni inbox akk Tanya.

"Sis Zet tak mau buat review pasai Felixia Yeap ke?"

"Huh??? Siapa tu?"  jawab Akak pantas.  Dalam hati akak terus terdetik -
ni mesti kes Cina duk kutuk buat blog lucah lagi.huhuh

Then akak GOOGLE her. (Sebab baru skang rasa nak buat
review pasal dia) hehehe.  And found all her photos like this
saying "Felixia Yeap , the THIRD Malaysian woman ever in
Malaysia's history to be featured in a Playboy magazine, after
 Jacinta Lee (1986) and Amber Chia (2006)."
Siapa Felixia Yeap ni? Nama sebenar beliau adalah Felixia
Yeap Chin Yee. Lahir pada 3 Julai 1986 di Kuala Lumpur dan
dibesarkan di Ipoh, Perak. (Asal kampung teman weh) πŸ˜„

Beliau pernah muncul dalam rancangan realiti I Wanna Be
A Model (Season 3)
sebagai finalist dan disenaraikan dalam The Hall of Fame kerana
menraih gelaran Miss Malaysia Tourism 2007[1] pada usia 19 tahun.
 Beliau juga adalah pemenang kedua untuk pertandingan ratu cantik
Miss Chinese World Malaysia 2006 dan pernah tersenarai
dalam pertandingan akhir Dewi Remaja Malaysia.

Pada tahun 2008 beliau telah dipilih untuk mewakili Malaysia
dalam pertandingan 2008 Beijing Olympic - Olympics Beauty
dan diikuti dengan penyenaraian dalam FHM Girl Next Door 2009
. Sejurus selepas itu, beliau telah dinobatkan sebagai Velocity Angels-
Model of The Year 2009[3] sebelum menjadi finalist untuk
Miss Universe Malaysia 2010.

Then,  malam.  Lepas  gomol-gomol dengan suami (hahahaha)
makan dinner semua,  akak pun  mulalah nak berblogging (ececeh).
Akak pun jumpa blog Felicia Yeap ni.  Alangkah terkesimanya akak
apabila membaca artikel pertama yang ditulis oleh beliau dalam blognya.
 Catatannya semua Adik boleh baca kat blog dia..

Tersentuhnya hati akak apabila membaca catatan kat blog dia.
Simple words. Tapi makan dalam. Beliau tidak declare
yang beliau telah memeluk Islam.  Tapi dalam catatanya
di Facebook,  dia ada tulis macam ni

"NOTE: I am currently a non-Muslim keen hijabster
and hijabista who is still working as a model and still
have contracts that I need to finish up before retiring
fully from modelling gigs that require me to be sexy...the
Last would most probably be up in January/February 2014."

Baguih juga dia tak declare dia masuk Islam ka apa ka.
 (ITu yg apa akk bacalah)Harap dia memeluk Islam.
Yang tu dia dengan Tuhan.  Yang kita ni jangan la duk over
 over suruh dia masuk Islam ka apa ka.   yang lahir
Islam ni pun,  betui ka cukup Islamnya.  Contohnya,  tengok
 diri akak ni?  Banyak lagi kene perbetulkan.. Hehehe..Astaghfirullah.
Tapi yang pasti,  melalui catatan beliau dalam
blog (akak dah stalk dah semua),  akak rasa dia
ni secretly dah embraced agama Islam dalam hatinya.
 Syukur Alhamdulillah.  Apa pun kita doa yang terbaik.
Dia tak cerita pun macam mana or bagaimana
dia boleh nak jadi insaf ni.  Takdak pun catatan dia kata
dia mimpi nampak neraka and lalu titi sakaratulmaut
ka apa ka?  Pastu terus buat confession insaf kat
dalam Melodi.  Lepas 5 tahun keluar lagu single dengan
Urban Method...dalam kehidupan ini...yang terindah
...(oooooooooooooooooooppppppppppppppppppsssssss).

Dia just cerita dia memang minat pakaian muslimah
dan menceritakan perasaan dia apabila dia berhijab.
Macammana dia rasa lebih dihormati dan dilihat dengan
cara yang berbeza. Lepas tu,  ramai yang kutuk dan
suruh dia buang semua  gambar seksi dia
dalam blog dan Facebook page dia.  Tapi dia tak mau.
Alasan dia sangat jelas dan bagus sekali
"Deleting them would most likely mean to deny
my past,"  syahabasss beeteeeiiii!

Tapi,  akak respect cara dan keputusan Ms.  Felixia Yeap.
Akak harap dia terus kuat dengan pendirian ini walaupun
mendapat banyak kutukan daripada saudara Islam yang
ekstrem dan tak berhati perut.

Orang Muslim yang bertudung labuh dan berkopiah ni,
 kadang-kadang boleh jadi seorang yang sangat keras
dalam penyampaian komen dan pandangan terhadap
orang Islam yang lain.  Walaupun niat depa baik nak
menegur dan berdakwah,  tapi cara depa yang kadang-
kadang itulah membuatkan orang lain rasa jauh untuk
berbuat baik dan paling menyedihkan memberikan
pandangan serong kepada golongan Muslim dan
Muslimah yang juga bertudung labuh dan berkopiah.
 Secara tak langsung,  orang macam akak ni bila jumpa
akak-akak tudung labuh ja...akak terus jadi macam
malas nak masuk campur sat.  Jeneralizing.
Akak sendiri pernah kena serang tiba-tiba dengan .
................ lama dulu.... Hmmmmmm...

Ada kawan akk, Faridah Merican, dia kahwin dengan
seorang lelaki India yg Telah memeluk Islam.
They are so happy now. Husband dia rajin sembahyang
dan tak pernah tinggal sembahyang jumaat.
Tapi yg best ye, dia selalu dpt komen ntah apa2
drpd org macam ni "laki ko tau mengaji Tak?
Ko Kene shrug dia amik kelas tau. Hari2 kene mengaji .
Bagi perbetul baca an dia. Nanti tak sah" kata org tu.

"Masalahnya Zet , Laki aku memang boleh mengaji.
Dia dah hafal Al Fatihah dan surah-surah ringkas.
Ayat kursi pun dia hafal.  Dia memang ada niat nak
belajar lagi lebih mendalam.  Tapi pakcik-pakcik yang
duk mai bagi komen tu semua....depa pun patutnya
kena terus sambung belajar mengaji juga.  Depa punya
bacaan pun belum tentu betul....,"  kata Faridah yang
mengakui bahawa suami dia rasa sedikit tertekan dengan
desakan dan kehendak orang - orang macam ni.

Akhir kata, kepada kita semua, tak payahlah nak dok
feeling kutuk org sana sini macam #^{!|€|!|>\£\'€|€|%}!|€| ,
 hari ni bertudung litup labuh bagai, esok Lusa hang
serlom dress sendat private party kat Bali..
Hahahaha.. Siapa nak jawab tu Senah oiiii... ??

  Quoted by Felixia Yeap "I could not predict the future...
no one's future is ever guaranteed..."  Arnab
Playboy tiba tiba hari ni jadi hijabistas.  Meletops Kau!!
Akk yang ting tong ni  pun tiba tiba insaf .. Hehehe

Sekian & terus kan menghormati org lain ..

LOVE

SIS ZET







No comments:

Post a Comment