Monday, 2 June 2014

Saya Diktator ?? Ye... Saya Diktator!!!

Industri perkahwinan  ni bukanlah saya pemulanya di Malaysia ni. Tapi nasib semasa tahun 2008 tiada orang yang secara aktif (terus menerus) berkongsi gambar atau hasil kerja yang mereka ambil untuk setiap wedding secara online.  Saya pertama kali gunakan kaedah ini sebagai wadah menyampaikan kepada umum hasil kerja saya sendiri. Hasilnya, cepat sangat berkembang sehingga saya sudah mula mendapat job perkahwinan luar negara seawal bulan ke-6 . Semuanya kerana internet.
 
Cepatnya naik dengan satu fenomena baru pastinya membuat segelintir orang lama kurang senang. Dengan itu, secara suka ataupun tidak, saya telah mencipta juga segelintir orang yang mula mencemuhi saya disebalik ribuan yang ada.
 
Proses perkongsian foto-foto perkahwinan, hasil kerja & review dr customer2 , saya ambil berterusan dan dari masa ke masa ramai yang mula menanam minat untuk hasilnya. Namun dlm ada yg menanam minat tentang hasil kerja saya ada juga butik2 lain yg menciplak 100% hasil kerja saya & meletakkankan gambar hasil kerja saya (berkata ini saya dia yg punya) ada juga 
Mereka itu semua bercampur sesama sendiri dan membentuk satu kesatuan pula dan kemudian mempengaruhi mereka yang tidak pernah berjumpa dan kenal saya secara peribadi dan mewujudkan satu lagi golongan seteru. (Kerana harga yg di berikan oleh sy murah berbanding mereka punya) 
 
Walaubagaimanapun, seteru demi seteru yang wujud, saya bersyukur kerana Allah Maha Besar menunjukkan jalan sehingga sekarang ini masih lagi diberikan nikmat rezeki yang halal dariNya. Semenjak bulan 4 tahun 2010, saya sudah agak tawar hati berkongsi hasil-hasil kerja saya. Akibatnya, tanpa disedari, saya telah membuatkan golongan seteru ini bergembira dengan itu. Dan mereka mula bergossip seolah-olah saya sudah tidak menerima tempahan  lagi. Saya juga seronok apabila mereka merasakan nasib saya sudah merudum, sudah tentu itu menyenangkan hati mereka dan kuranglah saya diganggu macam-macam lagi.
 
Sejak 3 tahun lepas , saya telah mula "membeli masa" sendiri dengan meletakkan premium harga yang tinggi dan meletakkan had HANYA MAKSIMA 10 wedding sahaja seminggu berbanding 20 wedding seminggu sebelum itu. Itupun dah tak larat nak publish gambar dalam blog dan facebook. Dengan cara ini, saya boleh menumpukan sebahagian masa yang saya luangkan itu untuk keluarga & anak2 sy .
 
Kata orang, saya sudah tidak laku kerana sudah mula sering menjalankan workshop gara-gara kurang laku mengambil gambar.  Untuk pengetahuan semua, quota booking yang telah saya tetapkan telahpun penuh untuk tahun ini seawal bulan April tahun ini. Ye lah...bila orang sakit hati, macam-macam cerita keluar. Tapi kalau itu menyenangkan hati mereka...silakanlah berfikir begitu.
 
KALAU TIDAK JADI DIKTATOR, TIADALAH REVOLUSI
 
Saya ingin petik sejarah Tun Mahathir. Pernah beberapa ketika beliau hilang sokongan dan mencipta jutaan musuh. Semasa beliau menyuarakan bantahan dan mendesak YAB Tunku Abdul Rahmah Putra untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Peristiwa perpecahan UMNO Vs Semangat 46 dan juga semasa peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang beliau lakukan hanyalah JALAN TERUS DAN MENJADI SEORANG DIKTATOR. Sebenarnya bukanlah beliau diktator cuma ini adalah ayat yang orang lain gunakan untuk beliau ketika itu dan juga untuk saya apabila idea mereka saya  saya tolak menyebabkan sebahagian mereka merajuk dan membawa diri.  (Ini adalah untuk menjaga kualiti ZSD) . Bukan tidak kita pertimbangkan dan menolak mentah-mentah...adakala, kita tidak dapat jelaskan mengapa kita putuskan sesuatu sehinggalah ia terjadi dan disaksikan hasilnya dan bukan semua juga cadangan mereka ditolak cuma kadang-kadang kesah anak manja yang diturut kehendaknya yang 10 tetapi satu yang terakhir tidak diperkenankan . (Pada hemat saya, setiap wedding sy anggap ia serius & sy amat menitikberatkan kualiti- bukan main taram je design apa nak buat)  Pada saya, jika Malaysia tiada orang yang bersikap diktator seperti Tun Mahathir, jika Singapura tiada Lee Kwan Yew yang juga seorang yang bersifat diktator sudah tentu Singapura masih lagi penuh paya bakau, Malaysia masih penuh hutan belantara tak termaju. Sama juga secara natural bagaimanai saya  memandu  ZSD dari SAYA SEORANG sehinggalah bersaiz sekarang ini.
 
Semua itu terjadi kerana saya tidak pedulikan apa yang mahu orang katakan. Biar orang cemuh yang penting kita tahu apa yang kita lakukan. Jika silap langkah kita, padahnya kita juga yang kena. Sebagai diktator, apa yang menghalang perjalanan anda, anda cantas. Yang mahu bersama anda bawa, yang perlahan anda tinggalkan, yang laju anda kejar.
 
Ada yang menghalang, saya rempuh sahaja. Yang dirempuh menjadi segolongan seteru lagi, yang ditinggal sebahagian juga menjadi seteru. Tetapi kenapa mahu risau segolongan kecil seteru yang HEBOHNYA mengalahkan ratusan ribu peminat? Pernah saya katakan dahulu, bukanlah ramai musuh...tetapi yang memusuhi ini lebih bising berbanding dengan peminat. Kenapa perlu bersedih?
 
 
METAMORFOSIS
 
ZSD  sekarang ini sudah mula menumpukan kepada kerja antarabangsa, perkahwinan pelbagai budaya dan juga lebih dari itu kini kami mengalami transformasi untuk menjadi salah satu badan dalam industri perkahwinan kreatif. Salah satunya menjadi konsultan media kreatif untuk industri seni perkahwinan. Alhamdulillah, ZSD kini telah dilantik secara rasminya oleh beberapa badan kerajaan bagi menjayakan projek-projek yang berkaitan dengan media. InsyaAllah kalau semua berjalan lancar, akan saya umumkan perkara ini kelak. 😄
 
Kalau dulu kami beluncas, kami telah melalui satu tempoh berdiam diri  (kepompong) semenjak awal tahun hingga kini sehinggalah kami dapat menjalankan transformasi menjadi rama-rama yang cantik. Sokongan berterusan anda  kami di ZSD sangat-sangat dihargai dan sangat-sangat dialu-alukan. 
 
Ada yang bertanya, bagaimana saya menangani gangguan-gangguan dari ulat dan nyamuk yang menjengkelkan dengan fitnah yang macam-macam. Lalu saya jawapnya,...JALAN SAHAJA TERUS KE HADAPAN. Kuatkan tekad dan percaya pada diri sendiri. Satu hari nanti, mereka akan lihat juga. Dan perlu anda tahu juga, jika dalam keseimbangan alam...sentiasa ada kuasa pengimbang. Negatif lawan positif, utara lawan selatan, baik lawan jahat, putih lawan hitam dan itulah fitrah....mengapa perlu takut? Nabi juga ada JUTAAN musuh...apatah lagi kita yang tak maksum ini.
 
Lebih besar pokok, lebih kuat ia bergoyang.
 
 
Love 
Sis Zet 

No comments:

Post a Comment