Saturday, 14 June 2014

JADILAH DIVA !!!

Selamat malam korang !!! Buat apa tu x tunggu perlawanan bola ke ?? Hahahah.. Hari ini akak nak ajar korang semua beberapa tips ringkas dan berguna untuk menjadi seorang DIVA.  Walaupun lumrah duniawi amat mengkeji sapa-sapa yang suka buat DIVA kerana mengkata DIVA adalah kekwat dan amat menyusahkan. Tetapi,  kalau kita amik sedikit sifat-sifat DIVA ini,  pastinya korang dapat merasakan perubahan yang agak signifikan dalam kehidupan seharian korang .. Hahahaha

Korang,  hari ini kalau kita tak buat DIVA korang rasa ada orang nak tau ke yang korang itu adalah wujud? Maksudnya,  kita kena berusaha sendiri untuk menjadi seorang yang pandai menjaga diri kita sendiri kerana kalau kita tak tolong diri kita,  maka tidak ada sapa-sapa yang Melesia ni mahupun Venezuela yang boleh tolong kita.  

Akak  dah penat mendengar keluhan kawan-kawan dan adik-adik semua yang duk mai mengadu dengan nasib dan hidup depa yang macam tiada JUSTICE.  Oleh itu,  hari ini marilah kita menjadi DIVA-DIVA yang meletops agar tidak ada sapa-sapa yang boleh membuli kehidupan kita ini.ekekekeke 😜

Oleh itu,  marilah kita ambil beberapa langkah untuk menjadi DIVA itu. 

1. Kalau orang tak cari korang, kat FB,  YM,  Email.  Jangan la kita gedik pi carik dia.
Seringkali kita merungut sebab kawan baik kita yang dulu berjanji dengan kita,  dia takkan lupakan kita walaupun dia berjaya di menara gading satu hari nanti,  tetapi hari ini baru dapat laki elok sikit terus dia lupakan korang!!! YM tengah online pun buat tak tau jer,  tak reti nak tegur.  So korang apa lagi?  Takkan nak jadi bangs** nak pi tegur dia ?  Kita DIVA okay.  Kalau nanti dia dah susah tatkala ditinggalkan laki dia yang kasanova itu,  INSYA ALLAH dia akan mai meratap -ratap di YM hang.  Maka tunggu la. 😜

2. Kalau ada orang buat pasai dengan kita,  kita jangan jadi buduh nak pi ajak dia untuk berbincang.
Seringkali kita jadi mangsa keadaan kan?  Kesucian kita semua terhina apabila tiba-tiba kita dijadikan mangsa fitnah,  dipulaukan oleh kawan-kawan dan nama kita telah diconteng dengan arang.  Korang ,  sabar ok.  Sebagai DIVA,  kita tak boleh lari dari segala kontroversi ini.  So,  kita jangan jadi gelabah ok.  Kalau paparazi mai tanya kita,  kita buat cara Dato Siti "No comment !!!!".  Biar dia yang kecoh kat Melodi cerita yang kita telah membuat onar.  Sungguh publisiti murahan kan?  And paling penting sekali,  JANGAN kita yang ajar dia untuk berbincang.  Kita DIVA okay,  depa nak cakap,  depa panggil kita ok!!!!  

3. And kalau kita tak ready lagi nak bincang dengan depa just bagitau depa,"I tak mau cakap apa-apa sekarang,  tunggu sampai i buat press conference atau u tunggu my lawyer call u nanti,".  Tak kisah kita kalah dalam perbincangan itu,  kerana bagi akak kemenangan bukanlah beerti kalau kita bercakap itu dengan anjing-anjing belaka?  Apa keseronokkannya korang kalah kepada anjing kan?  Biarlah mereka sorak sekampung bagitau korang gagap di mata mereka.  Tetapi,  yang penting,  korang bersikap RATU dan hanya bercakap benda yang penting dan betul sahaja.

4. Kalau dijemput dalam event,  mai fashionably late.
Ini adalah penting.  Jangan la lewat sangat sampai 40 minit kan?  Itu perangai ala-ala Kak Noami Campbell yang tak sedar diri tu,  dahlah suka pukul orang gaji.  Dasar raksaksa ok.  Kita jangan semangat sangat datang awal,  itu dah AJK majlis.  Kalau korang yang akak datang awal,  selalunya akak cuba berlakon tolong-tolong angkat makanan ke depan menunjukkan akak ingin meminta sesuatu di masa hadapan dari tuan empunya majlis. Hahhaha

5.Mai elok-elok macam 15 minit majlis dah start ka apa ka?  Bila kita sampai ja,  depa nanti tanya "Wehs...baru sampai?  Awat lambat?"  So time tu korang pun propa la,  "Sorry ,  akak carik handbag akak yang Gucci tu.  Takdak.  Rupa-rupanya,  Erra Pazira pinjam.  Tu yang baru sampai ni,  akak pakai la handbag baru akak ni,"  sambil menunjukkan handbag korang yang terbaru itu. Hahahaha

6. Kalau orang tak jemput,  jangan hegeh nak mengepi!!
Kalau orang tak jemput korang kenduri kawen ke apa ke,  cuba jangan hegeh pi tanya "Amboi hang tak jemput aku".  Atau hang tau dia macam mai kat area rumah hang,  tapi tak singgah jumpa hang pun,  terus hang call dia dan caras dia "Sampai ati mai Penang tak call aku pun!!,"  Ini semua bukan cara-cara DIVA ok.  Ini semua style Achi Bee!!  Tau tak sapa Achi Bee?  Achi Bee ni mami jarumlah.😄😜

7. Sebagai DIVA,  kita just pi kat dia and kata "Congratulation..aku tengok album ang dalam FB.  Laki hang elok sangat.  "suka" ...

Ingat u olls semua,  walaupun kita kecik ati,  dia buat kenduri hotz gila babi tapi tak ajak kita.  Tetapi jadilah DIVA,  kita buat macam aku tak kesah pun ang tak jemput aku ke kenduri kecik hang itu!!!  Sebab kerana keDIVAan kita ini,  dia sendiri nanti mai explain kat kita.  Masa tu,  baru lah hang caras balik,  "Ala aku tak kisah...lagipun aku busy hari tu.  Ada shooting dengan Rizalman... "
Hahahaha

8.Dress uplah sebagai seorang DIVA!!
Tak semestinya korang kena berGUCCi dan berChannel dari hujung kaki sampai hujung rambut kan?  Dah kalau kerja kerajaan saja ,  setakat kaya buat personal loan kat Bank Rakyat takpayahla . Yang penting korang pandai menyesuaikan pakaian mengikut masa,  okesyen dan jugak majlis.  Ikut trend sikit,  tetapi jangan la sampai tidak sesuai dengan susok tubuh . Sorry,  satu lagi akak paling tak suka duk mai dressing pakai macam makcik-makcik ni duk usung Guess tipu.  Sungguh tak berapa DIVA ok.  Kalau pun korang pakai beg beli kat Tesco yang berharga RM19.90,  tetapi kalau kena dengan gaya haruslah u olls nampak macam DIVA ok!!

10. Berani dan berani!!
Sebagai DIVA korang kena berani.  Berani dalam pelbagai aspek,  sebab kalau koramg tak berani macam mana nak tegakkan pendirian koramg. Korang nak yakinkan semua bahawa inilah yang korang dah pilih dan no matter what the risk is,  you know its coming and u will take all the responsibilities after semua ini mendatang.  Jangan jadi macam cengeng,  katanya berani amik peranan itu dan akan take all the consequences yang bakal terjadi,  tapi in the end bila tak berjaya korang pun menangis macam baby dan menuduh semua orang punya salah.  PLEASE korang.  Do not memalukan diri korang ini.  Kerana,  bukan senang nak puaskan hati semua orang.  Sebab kalau korang tak pandai jaga hati sendiri.  Siapa lagi yang nak jaga kan? 

So,  itu sahajalah yang akak nak tambahkan pada hari ini.  Akak membebel di sini,  bukan nak buat best dan tiba-tiba macam nak menunjuk yang akak  ini DIVA.  Pala HOTZ!!  Akak tetap DIVA whether u like it  or not.  Hahahaha... And akak nak kita semua menjadi DIVA.  Zaman sekarang ini,  takdak maknanya korang  nak jadi Little Mermaid la,  Snow White la,  Cinderella la...SEMUA ITU TIDAK BERMAKNA OK.

Korang kena jadi macam Mahsuri,  Puteri Gunung Ledang,  Kimora Lee Simmons,  Oprah,  Beyonce!!!!!  Take it or leave it ok!!!  Sekian sahaja,  i love u korang semua.  Yang mana elok tu dari Dia,  mana yang tak bagus itu dari Akak ... Hehehe 😄

ps/  Lelaki pun boleh jadi DIVA ok.

Nite 
Sis Zet ❤️⚽️

Tuesday, 3 June 2014

Saya Juga Selalu Gagal ....

Jam  2. 10 pagi semasa saya menaip thread ini pada tarikh 4 Mei 2014 .Tapi hari ini saya lebih emosional kerana tahun ini ialah tahun muhasabah diri saya. Disebalik kejayaan dan kenangan manis yang dicipta, pertengahan tahun kali ini saya mahu mengingatkan kembali kegagalan-kegagalan saya sepanjang tahun lepas  supaya menjadi pelajaran kepada saya sendiri dan orang-orang yang ingin mengambil pelajaran. 

Disebalik itu, biarlah saya kenangkan kegagalan-kegagalan saya sepanjang tahun - tahun lepa supaya saya sentiasa menjadi orang yang beringat dan mengambil pelajaran. Dah 31 tahun azam tahun baru saya sering dimulakan dengan yang indah. Tapi tidak untuk tahun ini, saya juga seperti manusia biasa yang bertatih adatnya mesti tersungkur, berjalan adatnya mesti tersadung, berlari adatnya ada terjatuh. Saya tak lepas dari semua itu. Tahun 2012 meninggalkan kenangan yang amat besar kepada diri saya sejak saya meletakkan jawatan sebagai Assistant Editor Majalah Pesona Pengantin & beralih membuka perniagaan dlm industri perkahwinan. 

Saya gagal dalam usaha memartabatkan kerjaya industri ini.  Kerjaya ini masih lagi dipandang murahan dan picisan pada kebanyakan orang lain. Tidak seperti profession lain yang mendapat penarafan tinggi. Saya gagal dalam menumpahkan inspirasi serta berkongsikan aspirasi agar para industri  yang ada sendiri menghormati kerjaya mereka sendiri sebelum orang lain bisa hormati kita. Saya kecewa dengan diri sendiri kerana saya masih melihat ramai industri yang masih hidupnya melarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang sedangkan kesenian ini sangat tinggi nilaian harganya. Saya gagal untuk menyampaikan materi serta pesanan penting agar mereka ini berdiri atas nama sendiri dan bersatu hati bagi menaikkan imej kerjaya itu secara kolektif. Saya gagal kerana saya bukan seorang superman yang boleh lakukan semuanya sendirian. Saya gagal untuk mendapat kebersamaan yang padu dikalangan pencinta industri  bagi merealisasikan impian itu.

Atas kegagalan itu, tahun ini saya buang semua azam-azam lain dan hanya tinggalkan satu sahaja azam yang saya perlu laksanakan dengan keringat, airmata dan darah sendiri iaitu untuk sentiasa memberikan status baru serta  memberikan pendidikan kepada generasi BARU yang mindanya masih segar dan masih belum dicemari politiking yang menjijikkan.

Satu harapan saya, semoga kerjaya ini  akan dipandang kerjaya mulia satu hari nanti.

Saya bukanlah orang yang hebat kerana saya juga….SELALU gagal.

Love, 
Sis Zett 

Monday, 2 June 2014

Saya Diktator ?? Ye... Saya Diktator!!!

Industri perkahwinan  ni bukanlah saya pemulanya di Malaysia ni. Tapi nasib semasa tahun 2008 tiada orang yang secara aktif (terus menerus) berkongsi gambar atau hasil kerja yang mereka ambil untuk setiap wedding secara online.  Saya pertama kali gunakan kaedah ini sebagai wadah menyampaikan kepada umum hasil kerja saya sendiri. Hasilnya, cepat sangat berkembang sehingga saya sudah mula mendapat job perkahwinan luar negara seawal bulan ke-6 . Semuanya kerana internet.
 
Cepatnya naik dengan satu fenomena baru pastinya membuat segelintir orang lama kurang senang. Dengan itu, secara suka ataupun tidak, saya telah mencipta juga segelintir orang yang mula mencemuhi saya disebalik ribuan yang ada.
 
Proses perkongsian foto-foto perkahwinan, hasil kerja & review dr customer2 , saya ambil berterusan dan dari masa ke masa ramai yang mula menanam minat untuk hasilnya. Namun dlm ada yg menanam minat tentang hasil kerja saya ada juga butik2 lain yg menciplak 100% hasil kerja saya & meletakkankan gambar hasil kerja saya (berkata ini saya dia yg punya) ada juga 
Mereka itu semua bercampur sesama sendiri dan membentuk satu kesatuan pula dan kemudian mempengaruhi mereka yang tidak pernah berjumpa dan kenal saya secara peribadi dan mewujudkan satu lagi golongan seteru. (Kerana harga yg di berikan oleh sy murah berbanding mereka punya) 
 
Walaubagaimanapun, seteru demi seteru yang wujud, saya bersyukur kerana Allah Maha Besar menunjukkan jalan sehingga sekarang ini masih lagi diberikan nikmat rezeki yang halal dariNya. Semenjak bulan 4 tahun 2010, saya sudah agak tawar hati berkongsi hasil-hasil kerja saya. Akibatnya, tanpa disedari, saya telah membuatkan golongan seteru ini bergembira dengan itu. Dan mereka mula bergossip seolah-olah saya sudah tidak menerima tempahan  lagi. Saya juga seronok apabila mereka merasakan nasib saya sudah merudum, sudah tentu itu menyenangkan hati mereka dan kuranglah saya diganggu macam-macam lagi.
 
Sejak 3 tahun lepas , saya telah mula "membeli masa" sendiri dengan meletakkan premium harga yang tinggi dan meletakkan had HANYA MAKSIMA 10 wedding sahaja seminggu berbanding 20 wedding seminggu sebelum itu. Itupun dah tak larat nak publish gambar dalam blog dan facebook. Dengan cara ini, saya boleh menumpukan sebahagian masa yang saya luangkan itu untuk keluarga & anak2 sy .
 
Kata orang, saya sudah tidak laku kerana sudah mula sering menjalankan workshop gara-gara kurang laku mengambil gambar.  Untuk pengetahuan semua, quota booking yang telah saya tetapkan telahpun penuh untuk tahun ini seawal bulan April tahun ini. Ye lah...bila orang sakit hati, macam-macam cerita keluar. Tapi kalau itu menyenangkan hati mereka...silakanlah berfikir begitu.
 
KALAU TIDAK JADI DIKTATOR, TIADALAH REVOLUSI
 
Saya ingin petik sejarah Tun Mahathir. Pernah beberapa ketika beliau hilang sokongan dan mencipta jutaan musuh. Semasa beliau menyuarakan bantahan dan mendesak YAB Tunku Abdul Rahmah Putra untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Peristiwa perpecahan UMNO Vs Semangat 46 dan juga semasa peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang beliau lakukan hanyalah JALAN TERUS DAN MENJADI SEORANG DIKTATOR. Sebenarnya bukanlah beliau diktator cuma ini adalah ayat yang orang lain gunakan untuk beliau ketika itu dan juga untuk saya apabila idea mereka saya  saya tolak menyebabkan sebahagian mereka merajuk dan membawa diri.  (Ini adalah untuk menjaga kualiti ZSD) . Bukan tidak kita pertimbangkan dan menolak mentah-mentah...adakala, kita tidak dapat jelaskan mengapa kita putuskan sesuatu sehinggalah ia terjadi dan disaksikan hasilnya dan bukan semua juga cadangan mereka ditolak cuma kadang-kadang kesah anak manja yang diturut kehendaknya yang 10 tetapi satu yang terakhir tidak diperkenankan . (Pada hemat saya, setiap wedding sy anggap ia serius & sy amat menitikberatkan kualiti- bukan main taram je design apa nak buat)  Pada saya, jika Malaysia tiada orang yang bersikap diktator seperti Tun Mahathir, jika Singapura tiada Lee Kwan Yew yang juga seorang yang bersifat diktator sudah tentu Singapura masih lagi penuh paya bakau, Malaysia masih penuh hutan belantara tak termaju. Sama juga secara natural bagaimanai saya  memandu  ZSD dari SAYA SEORANG sehinggalah bersaiz sekarang ini.
 
Semua itu terjadi kerana saya tidak pedulikan apa yang mahu orang katakan. Biar orang cemuh yang penting kita tahu apa yang kita lakukan. Jika silap langkah kita, padahnya kita juga yang kena. Sebagai diktator, apa yang menghalang perjalanan anda, anda cantas. Yang mahu bersama anda bawa, yang perlahan anda tinggalkan, yang laju anda kejar.
 
Ada yang menghalang, saya rempuh sahaja. Yang dirempuh menjadi segolongan seteru lagi, yang ditinggal sebahagian juga menjadi seteru. Tetapi kenapa mahu risau segolongan kecil seteru yang HEBOHNYA mengalahkan ratusan ribu peminat? Pernah saya katakan dahulu, bukanlah ramai musuh...tetapi yang memusuhi ini lebih bising berbanding dengan peminat. Kenapa perlu bersedih?
 
 
METAMORFOSIS
 
ZSD  sekarang ini sudah mula menumpukan kepada kerja antarabangsa, perkahwinan pelbagai budaya dan juga lebih dari itu kini kami mengalami transformasi untuk menjadi salah satu badan dalam industri perkahwinan kreatif. Salah satunya menjadi konsultan media kreatif untuk industri seni perkahwinan. Alhamdulillah, ZSD kini telah dilantik secara rasminya oleh beberapa badan kerajaan bagi menjayakan projek-projek yang berkaitan dengan media. InsyaAllah kalau semua berjalan lancar, akan saya umumkan perkara ini kelak. 😄
 
Kalau dulu kami beluncas, kami telah melalui satu tempoh berdiam diri  (kepompong) semenjak awal tahun hingga kini sehinggalah kami dapat menjalankan transformasi menjadi rama-rama yang cantik. Sokongan berterusan anda  kami di ZSD sangat-sangat dihargai dan sangat-sangat dialu-alukan. 
 
Ada yang bertanya, bagaimana saya menangani gangguan-gangguan dari ulat dan nyamuk yang menjengkelkan dengan fitnah yang macam-macam. Lalu saya jawapnya,...JALAN SAHAJA TERUS KE HADAPAN. Kuatkan tekad dan percaya pada diri sendiri. Satu hari nanti, mereka akan lihat juga. Dan perlu anda tahu juga, jika dalam keseimbangan alam...sentiasa ada kuasa pengimbang. Negatif lawan positif, utara lawan selatan, baik lawan jahat, putih lawan hitam dan itulah fitrah....mengapa perlu takut? Nabi juga ada JUTAAN musuh...apatah lagi kita yang tak maksum ini.
 
Lebih besar pokok, lebih kuat ia bergoyang.
 
 
Love 
Sis Zet